Menerusi entri terbaru, Fasha Sandha meluahkan rasa hati penerimaan masyarakat terhadap selebriti pada zaman dulu lebih baik dari sekarang. Jelasnya netizen kini terlalu lantang mengkritik dan tidak melihat bakat.
BACA: Fasha Sandha Bengang Dituduh Mahu Songlap Duit Sajat
Luahan itu dibuat Fasha apabila beliau memuat naik gambar sempena #10yearschallenge di Instagram. Dimana Fasha memuat naik gambarnya pada awal kemunculannya 10 tahun dulu berserta gambarnya yang terbaru.
“Gambar kiri ketika zaman remaja, tahun 2003, sebelum wujudnya zaman media sosial, bukan zaman bawangnizers, kecam dan sebagainya. Gambar kanan tu gambar sekarang, gambar zaman keyboard warriors”
“Zaman dahulu best sebab orang tak kisah dan tak membawang, sebab lebih tengok bakat. Zaman sekarang, ramai ustaz ustazah jadian, sibuk mengata hal orang walaupun diri tak sempurna, ramai juga anggap artis milik masyarakat”
“Sorry ya, pendapat saya, artis bukan milik masyarakat, itu hanyalah kerjaya kami sahaja, jadi saya tak kisah orang nak kata apa, yang penting hati,” tulisnya di laman Instagram. (rtky/w)