Pelakon Nora Danish mendedahkan ramai lelaki cuba nasib untuk mendekatinya selepas dia tampil dengan imej berhijab.
Memetik Utusan Online, Nora bagaimanapun berkata pintu hatinya masih belum terbuka untuk menerima teman baru dan mahu menyayangi diri sendiri serta mendekatkan diri dengan Allah.
BACA: “Saya Baru Hafal 5 Ayat Surah Al-Mulk, Jom Kita Lumba Sama-Sama”
“Sejak saya pakai hijab, ramai pula yang mendekati. Buat masa sekarang saya tidak fikir lagi (untuk bersama seseorang) sebab baru sahaja (bercerai). Kawan-kawan ada yang cuba untuk mendekati, tapi saya kata bukan sekarang.
“Saya sekarang ini hanya mahu teruskan fasa memperbaiki diri sendiri. Saya kena berusaha banyak lagi sebab baru sahaja (berhijrah). Saya mahu fokus kepada Allah sahaja,” katanya.
Sementara itu, Nora turut meluahkan rasa syukur pihak produksi menghormati permintaannya untuk menjaga batas dalam lakonan dan dia mengakui seronok apabila berlakon tidak bersentuhan.
“Buat masa sekarang ini, dari segi lakonan memang produksi bagi saya tawaran yang bagus seperti tidak pegang tangan dan juga berhijab.
“Sangat seronok bila macam itu (jaga batas). Apabila berlakon tidak sentuh ini, perasaan dia sangat lain. Terasa yang diri sangat mahal dan rasa harga diri meningkat,” katanya.
SUMBER: Utusan Online