Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah serta membawa bersama kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.
Bagaimanapun, keberangkatan Puteri Sarah hanya diiringi ahli keluarganya dan kelibat suaminya, Syamsul Yusof tidak kelihatan.
BACA: Komposer Indonesia Mahu Buat Lagu Dari Cerita Puteri Sarah
Terbaru, Puteri Sarah dilihat ada berkongsikan video momen berada di sana bersama kedua-dua anaknya. Turut kelihatan, kedua anaknya ditemani kru mutawwif dan jemaah umrah lain.
@puterisarahliyana ?????? ziarah #fyp
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat anak-anak Puteri Sarah yang ke sana tanpa ayah mereka.
Kata netizen lagi, diusia kecil seperti itu sudah pasti mereka dahagakan kasih sayan seorang ayah di dalam hidup mereka.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar dipermudahkan urusan Puteri Sarah sepanjang berada disana.