“Sebelum Kau Kena Saman, Baik Kau Diam” – Lana Nodin

Susulan isu dengan Ellie Suriaty, pempengaruh media sosial, Imran Bard ditegur oleh aktres Rita Rudaini yang menyifatkannya seorang yang tidak beradab susulan video permohonan maafnya.

Kemudian, perkongsian Imran menjadi perhatian apabila memuat naik konten terbaru yang didakwa ditujukan kepada Rita.

BACA: Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf,  Buat Laporan Polis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

Menerusi hantaran di IG Oh Bulan, pelakon Lana Nodin pula tampil memberi teguran kepada pempengaruh itu dengan meminta supaya tidak mengeluarkan konten kerana bimbang akan disaman pihak tertentu.

Sementara itu, Lana turut menegur sikap Imran yang seolah tidak beradab serta mencerminkan sikap generasi masa kini.

Terdahulu, Ellie meminta ibu bapa Imran membuat permohonan maaf susulan tindakan pempengaruh itu yang didakwa telah mencalar namanya menerusi video di TikTok.

Ellie berkata dia kecewa dengan tindakan Imran yang didakwa mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah biarpun ianya hanya video parodi.

SUMBER: Oh Bulan

×