Bercampur baur perasaan! Walaupun beberapa kali min ulang tayang video pelukan Lee Zii Jia kepada wartawan sukan, Ahmed Shahrazad Sani atau lebih dikenali Bangmed selepas peroleh pingat gangsa dalam Olimpik Paris 2024 ini, masih juga terasa sebak dan mengalirkan air mata tanpa sedar.
Sebak betul gais. Kami pasti anda yang tonton video ni pun rasa bangga dan sebak dengan kemesraan dari dua insan ini kan? Bangmed difahamkan sentiasa memberi sokongan buat pemain badminton itu meskipun pernah menghadapi detik sukar sebelum ini.
Walaupun petugas tu dah halang Lee Zii Jia tapi dia tetap pergi memeluk Bangmed. Sumpah sebak! Mereka berdua juga dikatakan turut memeluk erat dan mengalirkan air mata kegembiraan.
Anda tengok video tu disini.
@badmintonmalaysia___ bangmed and lee zii jia ??????? #leeziijia #bangmed #daretodream #shuttlehard #teamlzj #badmintonmalaysia #teammas #Paris2024 #badmintonolympic
Jelas netizen, Bangmed sentiasa memberikan kata-kata semangat terhadap pemain badminton negara tanpa menjatuhkan semangat mereka setiap kali menang mahupun kalah.
Sikap dan juga semangat ini yang kita perlukan. Kami pasti netizen-netizen di luar sana pun tak henti-henti menyokong figura yang mengharumkan nama negara ini!
Hadiah Lee Zii Jia Buat Bangmed
Belum lagi reda dengan pelukan akrab dua figura ini, semalam sekali lagi momen menyentuh perasaan berlaku apabila semasa temubual di antara Lee Zii Jia Bangmed, Lee Zii Jia sempat menyarungkan pingat gangsanya ke leher Bangmed.
“Apa perasaan Zii Jia selepas menaiki podium dan dikalung pingat Sukan Olimpik?,” tanpa sebarang rasa kekok, pemain perseorangan negara ini, Lee Zii Jia, memberikan pengalaman yang menakjubkan buat Bangmed dengan terus menyarung pingat gangsanya ke leher Bangmed.
“Rasanya berat dan dia punya value sangat tinggi…,” jawab Bangmed dengan penuh bangga dan senyuman puas!
Hadiah Lee Zii Jia buat bangmed ???#GoForGold #SokongMalaysia #OlimpikParis2024 pic.twitter.com/o3PnEqEXyW
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 5, 2024
Seronoknya Min apabila momen-momen seperti ini berlaku kan? Tidak mengira bangsa atau kaum, semangat kesukanan dan mesra seperti ini yang kita mahukan dalam negara!
Bukan itu jer, pembentukan Road to Gold (RTG) oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga antara salah satu usaha negara bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik dengan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi Paris 2024 dan Los Angeles 2028.
RTG juga turut menyediakan sokongan yang diperlukan dan disesuaikan mengikut keperluan setiap atlet meliputi latihan, sokongan fizikal serta kesejahteraan diri setiap atlet yang bakal bertanding.
Diharapkan atlet-atlet negara kita terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan di Olimpik Paris 2024 ini. Yeahh!