Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya mengakui dirinya tegas serta menitikberatkan mengenai pembelajaran anak sulungnya, Lara Alana.
Memetik Oh Bulan, Scha berkata dia juga pernah terfikir adakah dia terlalu berkeras dengan anaknya dalam soal pelajaran.
BACA: Scha Alyahya Nafi Pakai Subang Bentuk Salib
Menurut Scha, Lara pernah menangis sehinga takut untuk pulang ke rumah kerana takut untuk menunjukkan keputusan peperiksaan kepadanya.
“Saya sentiasa mengambil berat mengenai akademik Lara tapi kadang-kadang tu saya rasa macam, ‘Adakah saya terlalu berkeras dengan dia?’
“Pernah sekali dia takut nak balik rumah dan menangis sebab dia kata dia takut untuk tunjuk keputusan peperiksaan dia pada saya.
“Benda itu buatkan saya terfikir kenapa dia sampai takut begitu kan? Nak kata saya terlalu garang dengan dia itu tidaklah. Saya ni memang garang tapi tak adalah sampai nak mendera tu, tidaklah.
“Tapi saya rasa Lara jadi begitu mungkin sebab saya ini selalu duduk dengan dia untuk pastikan setiap perkara yang berkaitan dengan akademik dia teratur dan dalam keadaan yang sepatutnya,” katanya.
Dalam pada itu, Scha berkata dia akan memberikan yang terbaik buat pembelajaran anaknya itu namun tidak akan mengatur cita-cita Lara apabila dewasa kelak.
“Pada saya, saya nak dia fokus bab akademik ni. Lara nak jadi apa bila besar nanti itu terpulang pada dia, tapi selagi saya ada tanggungjawab untuk mendidik dia, saya akan buat sebaik mungkin. Dah habis sekolah nanti, ‘Girl you are on your own’. Apa sekali pun dia nak jadi nanti, dia boleh buat keputusan sendiri.
Scha mendirikan rumahtangga dengan Awal Ashari pada Mei 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.