“Saya Tertanya, Adakah Aku Akan Merasakan Kebahagiaan?”

Kecoh mengenai rakaman video Aliff Aziz bertengkar mulut dengan beberapa individu serta mengeluarkan kata-kata kesat, beberapa hari lalu, bekas isterinya iaitu Bella Astillah ada memuat naik status menerusi laman Twitternya.

Menerusi status tersebut, Bella seolah sedang memikirkan masa sedapnnya serta meluahkan perasaannya dan tertanya-tanya adakah dirinya akan mengecap kebahagiaan dalam hidup.

BACA: Foto Mesra Dalam Kereta, Bella & Aliff Aziz Kembali Bersama?

Perkongsian Bella itu mendapat perhatian netizen yang memberikan kata-kata yang positif dan berkata sudah tentu kebahagiaan akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Kata netizen lagi, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuknya.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menasihatkan Bella supaya ‘move on’ dan tidak lagi meneruskan apa-apa perhubungan dengan bekas suaminya itu.

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Bella dan Aliff Aziz dikatakan kembali bersama apabila kedua mereka memuat naik foto bersama di Insta Story.

Bella berkongsikan foto mesranya sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya yang berada di tempat pemandu. Lebih menguatkan spekulasi itu, Aliff turut memuat naik foto memperlihatkan Bella di belakangnya.

×