Sering ditegur mengenai pemakaian emas, penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK tidak melenting. MK berkata dia masih dalam proses untuk mendekatkan diri dengan agama.
Baru-baru ini tular kisahnya keluar tiga hari menyertai tabligh, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dia cuba perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan dan bukan secara drastik.
BACA: Tanggal Rantai & Gelang Emas, MK K-Clique Sertai Tabligh
“Sejak tiga bulan lalu, saya mencari jalan dan masa untuk mengosongkan jadual untuk fokus 100 peratus terhadap kelas agama.
“Orang cakap perubahan itu nampak terlalu drastik tetapi tidak benar, perkara itu cuma berlaku secara spontan.
“Media sosial hanya tempat dan pilihan kita untuk berkongsi apa yang mahu ditonjolkan atau perlu orang sedari. Tak semua perkara kita ingin tunjuk,” katanya.
Sedar tanggungjawabnya sebagai figura, MK berkata bukan niatnya untuk menunjukkan contoh tidak baik. Katanya lagi, suatu hari nanti dia akan tinggalkan pemakaian rantai emas.
“MK tetap MK. Masih bad boy (tertawa). Orang luar kena tahu. Sebagai penghibur, tugas kami menghiburkan bukan nak mewujudkan contoh-contoh yang tidak baik.
“Saya terima teguran masyarakat tentang pakai rantai emas. Jangan risau, satu hari nanti saya tanggalkan,” ujarnya.