Pelakon Kamal Adli menyifatkan isterinya, yang juga aktres Uqasha Senrose merupakan isteri dan ibu yang terbaik buat anak mereka, Hawra Uqaira.
Menerusi perkongsian video Suria Malaysia, Kamal berkata dia akan setia dengan Uqasha walau apa pun berlaku dan cukup wanita itu seorang sahaja dalam hidupnya.
BACA: Kamal Adli Bangga Cara Uqasha Urus Anak, Rajin Berjaga Malam & Susukan Uqaira
View this post on Instagram
“Saya tak nak kahwin lagi, cukup Uqasha seorang sahaja..Sayang, abang akan setia dengan sayang.
“Abang akan besarkan dan jaga anak kita, sayang adalah ibu serta isteri yang terbaik yang pernah saya miliki. Sebelum kiamat, insya-Allah kita akan bersama selamanya,” katanya.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya perempuan bernama Hawra Uqaira yang kini berusia dua bulan.
SUMBER: Suria Malaysia