“Saya Tak Mahu Ulas, Tak Rasa Sudah Menang” – Hidayah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan pelawak, Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah.

Memetik BH Online, Hidayah bagaimanapun enggan mengulas keputusan mahkamah yang memerintahkan adik iparnya itu membayar ganti rugi berjumlah RM60,000.

BACA: Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh, Kekal Bayar Saman RM60,000 Kepada Kakak Ipar

Hidayah berkata lebih baik dia berdiam diri supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan yang boleh memanjangkan kemelut dengan keluarga arwah suami.

“Saya tidak mahu ulas, rasanya berdiam diri jalan terbaik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Dalam pada itu, balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu berkata dia tidak menganggap keputusan mahkamah itu perkara yang harus dibanggakan atau merasakan sudah menang.

“Tidak… saya langsung tidak merasakan sudah menang,” jawabnya ringkas.

Ali Puteh dan tiga keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey pada 18 Februari lalu kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan kakak iparnya di Instagram, dua tahun lalu.

×