“Saya Tak Campur Urusan Suami dan Forteen”

Isteri dah juga pengurus kepada Izzue Islam, Awin enggan campur tangan dalam kemelut yang melanda kumpulan Forteen sekarang kerana bimbang timbul isu kepentingan peribadi kerana statusnya sebagai isteri.

BACA: “Adakah Dengan Melutut Baru Dia Akan Maafkan Kami?”

“Ahli Forteen tahu saya enggan campur tangan dalam kemelut yang melanda suami dan mereka. Ini bagi mengelak timbul isu kepentingan peribadi kerana saya isteri Izzue. Sebenarnya, jika diikutkan, saya menguruskan keperluan Izzue saja ketika Forteen menyertai GV5″

“Namun, saya okay apabila mereka mahu saya membantu band berkenaan sepanjang lapan minggu bertanding. Jadi, selepas GV5 berakhir, semua tawaran persembahan diajukan terus kepada saya sehingga sekarang”

Bagaimanapun Awin selaku pengurus untuk Forteen selepas GV, berasa pelik dengan anggota kumpulan itu yang tidak memberi respon tentang tawaran persembahan mereka sejak Izzue menarik diri.

“Semalam saya hubungi mereka kerana ada tawaran lain, cuma nampaknya, belum ada balasan. Bagi saya, amanah membantu Forteen tetap dilaksanakan dan hal dalaman, biarlah mereka sendiri yang selesaikan,” jelasnya.

Sebelum ini kemelut kumpulan terbabit mula berpanjangan apabila Izzue menarik diri dan membangkitkan isu dalaman, bagaimanapun dalam satu laporan nama Awin terpalit dalam pergolakkan kumpulan Forteen. (rtky/w)

×