Pelakon Amir Ahnaf berkata kehidupannya dalam keadaan baik meskipun terpalit dengan beberapa kontroversi sejak kebelakangan ini.
Memetik Oh Bulan, Amir berkongsikan dia kini meneruskan kehidupan seperti biasa serta mahu memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seninya.
BACA: “Itu Bukan Saya, Kenapa Nak Salahkan Saya?” – Amir Ahnaf
“Kehidupan saya baik sekarang. Iya saya ‘single’, tolong carikan teman wanita seorang. Saya kalau balik rumah, saya akan duduk atas sofa dan tonton Netflix. Ada yang menasihati kepada saya sebegitu, sebab kita (pelakon) pembikin filem dan filem yang akan membikin kita.
“Kita tengok filem dan itulah yang akan membantu untuk bina karakter kita untuk filem seterusnya. Saya menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Terdahulu, Amir menafikan dakwaan dia menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita berasal dari Singapura. Amir mengakui terkejut apabila melihat foto mesra itu tular serta menafikan itu adalah dirinya.
Pada Ogos lalu, nama Amir menjadi bualan ramai apabila tular beberapa tangkap layar yang didakwa perbualannya bersama seorang wanita Singapura.
Sebelum itu, seorang wanita ada berkongsikan beberapa keping gambar didakwa pelakon itu serta mengatakan dia mengenali aktor itu sejak 30 Julai 2023.
SUMBER: Oh Bulan