Pelakon Nur Fazura menafikan dakwaan tidak sekufu yang menyebabkan dia dan suaminya, Fattah Amin bercerai.
Menurut Fazura, dia banyak berkorban demi suaminya degan menyediakan tempat tinggal serta menghadiahkan kereta Range Rover untuk keselesaan suaminya.
BACA: “Fattah Curang, Abai Nafkah & Buat Hidup Sengsara”
“Saya sudah berkorban banyak untuk Fattah, saya sediakan tempat tinggal, makan minum, hadiahkan kereta Range Rover untuk keselesaan dia. Kenderaan itu dia bawa naik wanita yang haram baginya,” katanya.
Tambahnya lagi, jika mereka tidak sekufu dari awal lagi dia tidak akan berkahwin dengan Fattah namun kecewa diambil kesempatan.
“Jadi dakwaan kata saya tidak sekufu dengan Fattah adalah tidak benar sama sekali. Kalau kami tidak sekufu, dari awal saya tidak berkahwin dengannya.
“Namun, pengorbanan saya diambil kesempatan, itu yang membuat saya sangat kecewa. Kesal kerana telah berkorban banyak,” katanya.
SUMBER: Kosmo