“Saya Pun Jenis Pilih Vaksin, Tapi Beragaklah”

Mengakui dirinya juga memilih jenis vaksin, bagaimanapun pelakon Rozita Che Wan berkata dia tidak boleh bersikap penting diri.

Ujarnya lagi, setiap individu mempunyai hak untuk memilih jenis vaksin terbaik namun biarlah berpada-pada dan melihat pada situasi.

BACA: Che Ta Sediakan 20 Pasang Baju Raya Tahun Ini

“Macam saya sendiri jujur saya katakan memang seorang yang penakut dan jenis memilih vaksin. Takut pada mulanya nak ambil vaksin secara sembarangan. Masakan tidak kan, benda (vaksin) itu nak masuk ke dalam badan kita pastilah kita risau.

“Tapi bukankah bermaksud saya memilih vaksin dan tolak mentah-mentah vaksin yang. Tidak sama sekali. Kalau dapat apa jenis vaksin sekali pun saya okey dan terima. Tapi siapa tak nak Pfizer kan. Dalam hal ini kita ikhtiar dan sama-sama bantu kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata dia dan anak-anak masih belum mendapat janji temu vaksin, hanya suaminya Zain Saidin sahaja.

“Suami (Zain) seorang saja yang dah dapat tarikh janji temu. Hari ini (semalam), dia dah dapat vaksin jenis Sinovac. Dia pun jenis tak kisah apapun jenis vaksin yang diterima.

“Lagipun sebagai rakyat, jadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama berganding bahu dan melandaikan kes Covid-19 yang semakin memeningkan ketika ini,” ujarnya.

×