Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang apabila terpalit dengan dakwaan menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewahnya McLaren.
Terbaru, memetik mStar Online, pemilik sebenar kereta berkenaan iaitu Hafiz Wasa tampil memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
BACA: Masuk Hospital, Fatin Afeefa Kata Suami Kena Pukul Dengan Geng H?
Menurut Hafiz, kereta mewah itu sudah pun dibeli oleh Opai namun masih belum berkesempatan untuk menukar nama disebabkan kekangan masa.
“Ya, saya pemilik kenderaan itu, tapi Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu. Cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan. Semua masih dalam proses tapi bayaran dah selesaikan.
“Jadi itu memang kereta dia pun, pelik dengan netizen ni..mungkin sebab video Opai yang viral baru-baru ini menyebabkan ia jadi bualan,” katanya.
Sementar aitu, Hafiz berkata Opai membeli kereta itu kerana mahu membantunya yang berdepan masalah peniagaan ketika negara dilanda pandemik.
Tambahnya lagi, Hafiz menyifatkan Opai seorang yang baik serta tidak sama dengan apa yang ditonton oleh netizen dalam video tular baru-baru ini.
“Saya ada jalankan perniagaan dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bisnes kami ada masalah situ, itu sebab kami buat keputusan untuk jual kereta tersebut.
“Saya rasa Opai beli kereta itu pun sebab nak tolong saya, ikutkan dia ada banyak pilihan kereta lain yang lebih mewah.
“Kami dah kenal sejak 2016. Sepanjang perkenalan saya dengan Opai, dia dekat luar tidak sama macam di dalam video. Dia seorang yang baik dan hormat orang,” jelasnya.