“Saya & Neelofa Memang Selalu Keluar Bersama Tapi ..”

Berikutan video yang tersebar menunjukkan Neelofa masih berhubung dengan bekas kekasihnya, Hans Issac ramai menganggap ada cinta berputik kembali. Menjelaskan hal itu, Hans akui mereka memang kerap keluar bersama.

BACA: Neelofa Dedah Status Sebenar Dengan Hans Isaac

“Video yang tular itu berlaku sebelum konsert berlangsung. Kami bertemu di restoran yang sama dan kebetulan meja penuh. Disebabkan mahu cepat, kami pun berkongsi meja. Gambar yang tersebar itu diambil oleh seorang teman, bukannya daripada telefon kami”

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Jujurnya, kami memang selalu keluar bersama. Kadang-kadang berbincang pasal kerja. Cuma orang tak tahu yang kami berjumpa atas dasar kerja dan menganggap saya dan Lofa keluar ‘dating'”

Bukan senang untuk seseorang masih berhubung dan berkawan baik dengan bekas kekasih, pun begitu Hans tidak kisah kerana sudah mengenali hati budi Neelofa. Malah katany, beliau puji sikap merendah diri wanita itu yang tidak kisah meminta maaf jika melakukan kesilapan.

“Walau apapun yang berlaku antara saya dan Lofa sebelum ini, kami tetap berkawan baik. Saya tahu macam mana dirinya dan saya kenal hati budi Lofa. Saya puji dirinya, walaupun ada perkara yang dilakukannya salah, tetapi dia tidak malu untuk mengaku dan meminta maaf,” jelasnya.

Untuk pengetahuan, Hans dan Neelofa pernah menjalinkan hubungan cinta namun berkahir kira-kira dua tahun lalu. Kemudian Neelofa dikaitkan pula dengan pelakon, Fattah Amin sebelum berpisah dan mengahwini Fazura. (rtky/w)

×