Umum mengetahui, pelakon Azlan Komeng terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang minggu lalu sehingga patah tangan kanan, kedua-dua belah kaki dan pinggul.
Isteri kepada pelakon itu iaitu Nur Nilam Ortiz tidak dapat menahan sebak apabila mendengar luahan hati suaminya tentang ‘membawa haluan masing-masing’. Menurut Nilam, suaminya meluahkan perkara itu ketika dia sedang membersihkan badan Azlan.
BACA: Azlan Komeng Patah Kaki & Tangan, Isteri Cedera Ringan Terlibat Kemalangan
“Baby, lepas ni kita boleh buat hal masing-masing kalau awak nak. Saya pun dah tak boleh kerja… mungkin lumpuh,” kata Azlan.
Menerusi temu bual bersama Astro Gempak, Nilam berkata dia tidak dapat membayangkan jika berpisah dengan pelakon itu. Malah, selepas apa yang berlaku, dia lebih sayangkan suaminya.
”Saya kata kalau setakat cacat tak ada hal lah… Empat tahun kita hadap macam-macam.
“Tak akan dan tak boleh tinggalkan Komeng. Dengan apa yang jadi ni, saya jadi lebih sayang dekat dia… Sayang sangat-sangat,” katanya.
Difahamkan, Azlan dan isterinya menaiki kereta Perodua Kancil untuk menyertai festival makanan dan kereta dipandu suami bertembung dengan sebuah kenderaan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi berkenaan.