fbpx

Pelakon Ruhainies menjadi perhatian ramai apabila memuat naik status di Insta Story memohon maaf buat mereka yang berkecil hati dengannya secara lisan mahu pun perbuatan.

Menerusi entri itu, Ruhainies berkata dengan setulus hati memohon maaf daripada teman-teman agar tidak saling menuntut apabila tiba hari perhitungan kelak.

BACA: “Tahniah Bekas Sahabat Saya, Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid”

“Untuk siapa pun yang pernah saya sakiti secara lisan maupun sikap, mohon dimaafkan teman-teman. Kalaupun ada sesuatu dari saya yang tidak kalian reda, mohon untuk keredaannya.

“Kerana berurusan dengan manusia akan diminta bertanggungjawab sehingga hari perhitungan nanti. Maka dari itu saya minta maaf setulusnya agar nanti kita tidak saling menuntut di hadapan Allah.

“Bila ada sesuatu dari kalian yang belum saya tunaikan seperti hutang terlewat ataupun janji, silakan ditagih melalui ruangan mesej (direct message),” tulisnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Ruhainies dan aktor sensasi Aliff Aziz ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.