Sering dilihat tenang, madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Misya Mazlan berkata dia tidak kuat seperti yang netizen lihat.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Misya yang ketika itu sedang menjual tudung bersama suaminya, Aslam berkata dibelakang kamera dia menangis dan tidak menunjukkan kesedihannya.

BACA: “Lelaki Hensem Selalunya Setia” – Misya Selamba Perli Aslam Tak Hensem Macam Dulu

@mesyalove0

Sabar seorang isteri..???? #umisyamazlan #misyamazlan #fyppppppppppppppppppppppp #fanpage #fyp #mesya #fypage #misya #aslam #aslambul #aslambul #misyaaslam #aslammisya #live #fyp??

? original sound – waniannuar – waniannuar

“Saya tak strong pun. Saya menangis belakang camera. Saya tak tunjuk sedih,” katanya.

Sementara itu, Misya turut memberitahu Aslam turut membantu madunya dalam perniagaan tudung.

“Aslam tolong la. Cuma korang kena faham lah sebab-sebab tertentu,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai pempengaruh media sosial, Marissa Dania didakwa sudah berkahwin dengan lelaki bernama Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

×