Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra berkata dia mengakui segan apabila dipuji pandai bercakap.
Memetik Oh Bulan, gadis berusia 15 tahun itu memberitahu bapanya sudah mengajar cara untuk bercakap dengan sopan apabila bertemu dengan pihak media.
BACA: Anak Dara Aliff Syukri Dipuji Cantik, Ramai Yang ‘Insecure’ Dengan Qadejah
“Saya segan apabila orang puji saya, kata saya pandai bercakap. Saya sudah didedahkan dengan platform seperti YouTube, dari situ saya belajar juga untuk bercakap dan belajar sebutan.
“Untuk bercakap dengan media pula, abah (Aliff Syukri) sudah ajar dari awal. Abah beritahu supaya cakap dengan sopan dan perkara yang betul apabila jumpa media,” katanya.
Dalam pada itu, Qadejah berkata dia tidak kisah apabila digelar Aliff Syukri 2.0, serta mengakui dia sememangnya suka bercakap.
“Saya memang suka bercakap sampai ada orang gelar saya Aliff Syukri 2.0, namun saya tidak ambil hati. Orang boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahu, saya okay sahaja,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan