“Saya Masih Terima Jemputan Ceramah” 

Meskipun berdepan tuduhan jenayah seksual, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Azman masih lagi aktif memenuhi undangan program ceramah.

Memetik mStar Online, PU Azman berkata dia menjalani kehidupan seperti biasa serta turut membuat perkongsian berkaitan hal agama di media sosial.

BACA: “Saya Dedah Kes PU Azman Sebab Takut Kepada Azab Allah”

“Perkembangan terkini seperti biasa…Saya masih menerima jemputan ceramah. Kebanyakan program ceramah dllakukan di Perak dan saya juga masih buat content di media sosial seperti biasa. Dalam situasi seperti ini saya dah tak fikirkan apa-apa,” katanya.

Fizikalnya dilihat semakin kurus, Azman berkata bukan kerana tertekan dengan kes dihadapinya sebaliknya dia aktif melakukan aktiviti mendaki bukit dan gunung.

“Selebihnya saya melakukan aktiviti-aktiviti bersifat peribadi seperti hiking…itu yang nampak kurus sikit,” katanya.

Dalam sebutan kes amang seksual semalam, mahkamah menetapkan Mei tahun hadapan sebagai tarikh perbicaraan.

×