Usahawan Datuk Red berkongsikan keadaan terkininya bahawa dia kini menyewa sebuah bilik tanpa kemudahan tandas dengan harga RM250 sebulan.
Menerusi tamu bual bersama Dol’s Podcast, Datuk Red berkata bilik yang disewanya bersaiz 10×10 dan akan singgah di mana-mana tandas awam jika dia membawa anak-anak datang.
BACA: Tak Jadi Nikah Adira, Datuk Red Reda Menduda Sampai Tua
@dolspodcast Dato Red sewa bilik takda tandas, nak guna tandas kena pegi stesen minyak.Layan Episod 69, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks Salam Aidilfitri daripada #DolsPodcast @shuibsepahtu @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @shuksahar @abg red
Menurutnya, pada awalnya dia mahu jadikan bilik tersebut sebagai pejabat kerana dilengkapi penghawa dingin sebelum mengetahui ianya tidak mempunyai tandas.
“Sekarang ni tempat tinggal saya hanya bilik bersaiz 10×10 kaki dan bilik tu tak ada tandas. Kadang-kadang hujung minggu saya bawa anak saya, tapi sebelum mereka datang saya suruh untuk singgah mana-mana tandas awam terlebih dahulu.
“Dulu saya ingatkan nak buat pejabat dan sewa pun murah RM250 sahaja siap ada penghawa dingin, tapi saya tidak tahu pula bilik ni tiada tandas tapi dah terambil saya tak boleh nak buat apa,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata dia sudah biasa tidur dalam kereta serta mandi di hentian RnR dan orang-orang disana sudah kenal dengannya.
“RnR mana semua memang dah kenal saya dah, mandi di rnr air laju tau, pengawal keselamatan, tukang cuci dan pemandu lori kebanyakan semua dah kenal saya. Tidur dalam kereta saya dah biasa. Saya mandi pun di RnR. Di situlah tempat saya buat live TikTok,” katanya.
Terdahulu, Datuk Red berkata dia sudah melantik peguam untuk membantunya menyelesaikan isu hutang sebanyak RM7 juta.