Nampaknya, kegagalan rumah tangga sebelum ini membuatkan Fatin Afeefa serik untuk membuka hatinya kembali. Malah, Fatin juga pernah memberitahu dia gembira dengan kehidupannya kini yang tidak terikat dengan komitmen bersama suami.
Baru-baru ini, gambarnya bersama anak-anak dengan kapsyen “Beli 1, Percuma 2” mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang memuji Fatin dan kagum dengan katabahan pelakon itu dalam membesarkan dua anak serta bergelar ibu tunggal.
BACA: “Lelaki Yang Bitter Ni Semua Miskin..”
Bagaimanapun, ada segelintir netizen kurang senang dengan kapsyen tersebut dan meninggalkan komen negatif. Tidak hanya berdiam diri, Fatin bertindak membalas komen-komen tersebut dengan sindiran.
Fatin juga ada menjawab pertanyaan dari netizen mengatakan bahawa dia semakin bahagia sejak bergelar janda. Malah, Fatin juga memberitahu dia tidak percaya dengan perkahwinan.
Dalam pada itu, Fatin tidak lokek untuk memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada seorang netizen yang kini berdepan krisis rumah tangga dan dalam proses perceraian.
Fatin berkata masyarakat akan memandang serong dengan gelaran janda tetapi apa yang paling penting adalah jangan pedulikan cakap-cakap orang tentang diri anda.
Bukan mudah untuk bergelar ibu tunggal kerana merekalah ibu dan merekalah juga bapa. Apa pun semoga nasihat yang diberikan oleh Fatin dapat memberi semangat kepada ibu tunggal diluar sana untuk lebih kuat dan tabah.