Nampaknya satu demi satu selebriti membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Minggu lalu, nama Zarina Anjoulie menjadi bualan ramai apabila pelakon kontroversi itu secara rasminya membuka tudung.
Pernah berkawan baik sebelum ini, Fathia Latiff enggan mengulas lanjut mengenai keputusan Zarina itu namun mendoakan yang terbaik dan semoga Zarina bahagia dengan kehidupannya kini.
BACA: “Kalau Takde Siapa Paksa, Buat Apa Pakai Tudung?”
“Saya tak berani komen sebab ini kehidupan dia. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya kerana kita tidak tahu apa yang sedang dia hadapi. Apapun, saya harap dia tidak bersedih sebaliknya gembira dengan kehidupan barunya,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Fathia memberitahu dia sudah lama tidak berhubung dengan Zarina dan kali terakhir dia pernah cuba menghubungi rakannya itu tidak berjawab. Kata Fathia lagi, dia kini mahu fokus dengan kerjaya nyanyiannya.
“Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia. Ada sekali saya cuba menghubunginya tetapi dia tidak jawab panggilan.
“Jadi, biarlah saya fokus dengan kerjaya nyanyian apabila bakal tampil dengan single berjudul Jika Aku Tahu yang bakal dilancarkan pada 27 September ini.
“Saya juga berharap single ini dapat beri sinar baru seterusnya karier seni saya terus berkembang maju,” katanya.