“Saya Hadir Sebagai Seorang Sahabat” – Bella Astillah

Kehadiran pelakon dan penyanyi Bella Astillah di mahkamah hari ini bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi perhatian ramai.

Memetik Sinar Harian, apabila ditanya sama ada dia ada hadir ke Mahkamah Rayuan esok pada hari kedua prosiding hujahan, Bella berkata dia akan hadir sebagai seorang sahabat.

BACA: Anak Bella Astillah ‘Approved’ Syed Saddiq

“Insya-ALLAH, saya datang esok, saya hadir sebagai seorang sahabat Tidak pasti jika ada keputusan, jadi kita tunggu esok lah ya,” katanya.

Bella kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi tadi.

Turut menjadi perhatian, Syed Saddiq dalam sidang media pagi tadi berkata Bella merupakan seorang wanita yang luar biasa.

“Saya terhutang budi dengannya,” katanya.

Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu dan Khamis bagi prosiding pendengaran rayuan Syed Saddiq atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

SUMBER: Sinar Harian

×