Umum mengetahui, pelakon Datin Atikah Suhaime dilihat rajin berkongsikan momen video memasak di dapur serta ‘mukbang’ di media sosial.

Menerusi satu perkongsian, Atikah ada memuat naik video memaparkan dia sedang menyediakan hidangan Dalca Daging resepi daripada ibunya.

BACA: “Semakin Hari, Semakin Jatuh Cinta” – Atikah Suhaime Syukur Dapat Suami Sempurna

Apa yang menjadi perhatian apabila ada netizen meninggalkan komen mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat aktres itu menikmati ayam.

Menjawab pertanyaan netizen itu, Atikah berkata dia tidak tahan dengan bau dan rasa ayam, disebabkan itu dia tidak pernah makan ayam sehingga sekarang.

“Semasa kecil, mak saya suruh saya bersihkan ayam dan ketika itu Hari Raya. Saya geli dengan bau dan rasa ayam sebelum masak, terus sampai sekarang saya tak makan ayam,” katanya.

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, Atikah berkongsikan dia dan suaminya, Datuk Lukman Teh bakal menyambut bayi perempuan.

×