Perkongsian suami kepada model Zahnita Wilson iaitu Abd Zackery Ghouse menjadi perhatian apabila dia kini bebas dari tuduhan mendera empat orang anaknya.

Menerusu perkongsian di Instagram, Zackery meluahkan rasa syukur dapat bersama dengan anak-anak serta dapat berjumpa dengan mereka setiap mereka serta hak bermalam.

BACA: “Lawa Zahnita Sekarang Semenjak Dah Tak Dengan Lelaki Gila” – Netizen

“Alhamdulillah. Seharian bersama anak-anak selepas dua bulan hanya bertemu dua kali sebulan iaitu selama dua jam sahaja.

“Pihak mahkamah menggugurkan tuduhan saya mendera anak-anak dan kini dapat berjumpa mereka setiap hari Sabtu serta hak bermalam bersama dua kali sebulan,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Zahnira dilihat memuat naik gambarnya yang lebam pada bahagia mata serta mendakwa pernah dipukul suaminya.

“Saya menerima sebanyak lima hingga enam pukulan pada bahagian kepala dan lengan sebelum dia mencekik saya. Semasa saya bergelut untuk membebaskan diri, saya berkata tidak akan pergi ke polis dan kemudian melepaskan saya,” katanya.

Tambah Zahnita lagi, dia mendakwa dipukul kerana hasutan daripada pihak lain serta apa yang diperkatakan itu adalah perkara benar.

“Saya dipukul kerana hasutan wanita lain. Saya berkata benar dan tidak lain hanyalah demi kebenaran. Tuhan, tolonglah saya,” katanya.

Bagaimanapun, Zahnita tidak berkongsi lebih lanjut mengenai hantarannya itu berkaitan dengan keputusan mahkamah yang menggugurkan dakwaan terhadap suaminya atau tidak.

SUMBER: HibGlam

×