“Saya Dah Viral, Buat Apa Nak Masuk Program Realiti?”

Penyanyi lagu parodi, Azman Naim mendedahkan sejak dua tahun lalu dia dipelawa untuk menyertai rancangan televisyen, bagaimanapun dia terpaksa menolak .

Kata Azman lagi, dia bukan cerewet sebaliknya mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian. Meskipun sudah beberapa kali menolak namun ada yang masih menghubunginya.

BACA: “Walaupun Muka Pecah Rumah, Selenga, Tapi Sangat Beradab”

“Sebenarnya ada tiga pihak yang ajak saya masuk program nyanyian realiti sejak viral zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) fasa 1 dahulu.

“Tapi saya tolak atas beberapa sebab tertentu. Berulang saya tolak tapi tetap dipanggil. Ada yang sampai hari ini hubungi saya,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, usahawan berusia 37 tahun itu mengakui kurang berbakat dalam nyanyian dan sedar diriya bukan penghibur.

“Salah satunya, saya bukan handal sangat menyanyi dan saya bukan boleh nyanyi semua jenis genre lagu. Takkan saya nak nyanyi lagu dangdut siap gelek?

“Nak buat sekadar untuk rating dan populariti? ‘Kamon’ lah, saya bukan penghibur. Menghibur dan berhibur kena ada ‘limit’,” katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata dia tetap meletakkan harga dirinya nombor satu meskipun dipujuk dengan kata-kata manis. Tegasnya lagi, duit dan populaiti tidak boleh membeli kelas seseorang.

“Saya pula, kalau tak kena dengan diri, saya tak nak pergi. ‘Not being choosey’, tapi kita kena tahu letak harga diri kat mana. ‘Money and fame can’t buy class’,” katanya.

“Ada yang kata, abang ‘join’ lah, nanti boleh viral. Jadi saya tanya dia, kalau lagu-lagu rosak saya tak viral, awak tak hubungi saya kan?

“Bermakna saya memang dah viral. Jadi buat apa nak viral lagi guna kaedah awak? Dan adakah sesuatu yang viral itu memang bagus? Saya tanya lagi. Dia ‘jem’,” kongsinya.

Pada perkongsian itu juga, Azman turut mengingatkan supaya penggiat industri sama-sama menjaga nilai harta seni.

“Zaman sekarang zaman gila. Orang politik rosakkan politik itu sendiri. Orang dalam seni rosakkan industri itu sendiri.

“Saya memang perosak. Kalau saya sertai, semua akan hancur dan ‘reset’ terus. Berhenti bunuh industri seni kreatif kita,” katanya.

×