Jika sebelum ini produser drama terkenal, Haji Fadzil Teh sanggup memberikan peluang kedua kepada Fathia Latiff biarpun dihimpit pelbagai kontroversi ketika itu, kini Haji Zil sudah serik dengan perangai Fathia!
BACA: Video Wanita Mirip Fathia Latiff Tidak Bertudung Tersebar?
Kontroversi terbaru yang dicetuskan Fathia baru-baru ini, apabila tampil tidak bertudung dan berambut pendek membuatkan produser itu kecewa untuk membantunya memperbaiki diri agar dapat meneruskan karier lakonan.
“Saya sedih dengan apa yang berlaku. Berkali-kali saya cuba untuk tidak percaya dan berharap wanita yang dilihat dalam rakaman video itu bukan Fathia. Namun, selepas melihat semula rakaman di IG Story milik Fathia, jelas memang itulah dia”
“Teman-teman juga beritahu wanita dalam video itu Fathia. Ibarat sudah terang lagi bersuluh. Saya sudah serik hendak bantu orang macam dia. Saya yakin manusia buat silap dan berhak diberi peluang untuk melupakan kisah silam”
Bagaimanapun Haji Zil berharap keluarga Fathia dapat membantunya agar kembali ‘bangun’. Rata-rata peminat juga turut mempersoalkan usaha Fathia untuk berubah yang hingga kini hanya angan kosong.
“Namun, dengan apa yang terjadi, Fathia nampaknya terus mengundang kecaman ramai. Nampaknya, dia tak sayang dan kasihankan dirinya sendiri. Saya fikir Fathia perlu dibantu untuk memulihkan dirinya. Keluarga Fathia perlu berbuat sesuatu,” katanya berkenaan kontroversi itu. (rtky/w)