“Saya Bukan Suka Suka Bersolek Jadi Wanita Tapi …”

Kecoh semalam apabila Nazim Othman memuat naik gambarnya bersolek cantik. Mulalah netizen tampil membuat spekulasi Nazim sudah bertukar menjadi mak nyah dan mengaitkan kegagalan rumah tangganya sebelum ini.

BACA: Netizen Persoal Siapa Ambil Foto Nazim Othman Mandi Buih

Menurut Nazim, gambar tersebut dimuat naik ketika beliau menghadiri sesi uji bakat bagi sebuah projek yang memerlukannya menjadi mak nyah. Tambah Nazim, beliau mahu tampil sebagai pelakon yang versatil.

“Saya bukan suka-suka bersolek seperti wanita. Orang mengenali saya sebagai pelakon. Jadi, sebagai pelakon, saya terbuka untuk apa saja watak selagi tak jatuh syirik. Video dan gambar itu diambil ketika saya menghadiri sesi uji bakat”

“Cerita itu bakal mengetengahkan tema ‘paper doll’. Masih terlalu awal untuk saya memberi butiran lanjut tapi saya sangat teruja untuk sesuatu yang baru. Ia watak mak nyah yang hidup dengan dua identiti”

“Saya tak mahu dikenali sebagai pelakon stereotaip yang cuma mampu membawa sesetengah watak saja. Saya memang berharap dan berdoa supaya ia menjadi rezeki saya untuk menambah warna dalam portfolio saya sebagai seorang pelakon,” katanya.

Terdahulu penampilan terbaru Nazim sebagai ‘wanita’ itu telah menarik perhatian warganet. Selain mengecam, ramai juga sempat memuji kecantikan Nazim dan menyamakan wajahnya dengan pelakon, Fatin Afeefa. (rtky/w)

×