Pelakon dan penyanyi Izzue Islam meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang sederhana serta memahami isterinya.

Memetik mStar Online, Izzue menyifatkan dirinya beruntung dikurniakan Awin Nurin serta mengatakan isterinya itu tidak pernah mengharapkan balasan setiap kali melakukan pengorbanan dalam rumah tangga.

BACA: “Anak Bukan Punca Bahagia” – Izzue Islam Dah Lali Ditanya Soal Zuriat

“Saya bersyukur memperisterikan dia, dia tak pernah minta bukan-bukan. Siapa yang mengenali isteri saya mesti tahu.

“Isteri saya ni kalau dia berkorban untuk orang tak apa, tapi kalau orang nak buat untuk dia, dia tak mahu pula. Kalau nak sesuatu pun dia akan beli guna duit simpanannya sendiri. Saya untung dapat dia. InsyaAllah cinta saya akan sentiasa hidup untuknya,” katanya.

Dalam pada itu, Izzue turut berkongsikan isterinya itu sentiasa membuat kejutan setiap kali ulang tahun kelahirannya. Namun apabila hari lahirnya, Awin memilih untuk mengutamakan hal kerja dan mahu ianya disambut secara sederhana sahaja.

“Saya tak pernah lupa hari lahirnya cuma saya terlalu sibuk kerja. Saya mengaku tak sempat nak beli hadiah tapi dia tak kisah dan minta saya utamakan kerja dulu.

“Kami selesa hidup sederhana, kadang-kadang hari jadi dah lepas barulah dapat hadiah. Apabila hadi jadi saya, kami sambut tapi bila tiba giliran dia pula tak mahu. Terpaksalah saya rancang buat kejutan untuk isteri,” katanya.

 

×