Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz eggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astiillah serta mahu mempertahankan rumah tangga mereka demi kebaikan anak-anak.

Memetik Media Hiburan, Aliff berkata dia mahu mengambil peluang untuk selamatkan rumah tangga memandangkan masing-masing pernah membuat silap.

BACA: Aliff Aziz Enggan Cerai, Masih Sayangkan Bella Astillah

“Untuk beberapa minggu ini, perasaan saya bercampur baur untuk saya dan semua yang terlibat. Saya ambil peluang ini untuk selamatkan rumah tangga, demi anak-anak…saya rindu anak-anak.

“Saya ambil langkah untuk gunakan setiap ruang dan peluang untuk saya cuba selamatkan rumah tangga kami. Saya ada banyak buat kesilapan, Bella pun ada buat silap.

“Pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru tanpa memikirkan segala hal. Saya berharap sangat, hal rumah tangga tak sepatutnya ada pengaruh dari luar,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff mengakui banyak melakukan kesilapan namun keputusan untuk berpisah bukan boleh dilakukan dalam tempoh singkat.

Tambah Aliff lagi, dia turut memohon kepada semua pihak memberi ruang agar prosiding yang akan dijalankan berjalan mengikut seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.

Terdahulu, Aliff enggan melafazkan cerai terhadap Bella kerana masih sayangkan isterinya dan mahkamah menetapkan 4 Jun depan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

SUMBER: Media Hiburan

×