“Saya Angkat Anak, Hampir Nak Hempas Dia Dekat Dinding”

Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia pernah hampir bertindak di luar kawalan kerana perasaan marah yang meluap-luap.

Menerusi perkongsian di TikTok, Azhar berkata ketika anak sulungnya masih bayi berlaku pertengkaran kecil antaranya dengan isteri, Cempaka Emalin Pahamin.

BACA: Azhar Sulaiman Anggap Keluarga Bergaduh Di Media Sosial Satu Tindakan Bodoh

Kongsinya lagi, disebabkan rasa marah dia hampir menghempas anaknya ke dinding namun dia cepat tersentak dan beristighfar.

https://www.tiktok.com/@theazharsulaiman/video/7313716691819564295?

“Saya pernah berada di dalam situasi yang kritikal di mana kalau saya ikut kemarahan. Sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku.

“Saya baru balik penggambaran pukul 5 pagi dan ketika itu Kasih baru lahir. Saya sampai rumah tengok Cempaka tengah tidur dan Kasih menangis dekat sebelah. Cempaka suruh saya buat susu untuk Kasih.

“Saya kata kepadanya ‘saya baru balik kerja, awaklah bangun dan buatkan susu anak’. Tapi dia tak nak bangun. Saya geram dengar Kasih menjerit, saya angkat Kasih dan nak hempas dia dekat dekat dinding.

“Tapi nasib baik saya tersentak dan istighfar. Saya letak Kasih terus rasa badan menggeletar sebab ketika itu memang saya nak baling Kasih kerana marahkan Cempaka,” katanya.

Sementara itu, Azhar turut menitipkan nasihat kepada mereka di luar sana agar mengambil ikhtibar diatas apa berlaku pada dirinya serta tidak bertindak melulu dan tidak melayan perasaan marah.

“Berdasarkan dua insiden tu, beringatlah ketika kita marah. Takut dalam masa beberapa saat kita dah buat satu kesilapan besar dalam hidup.

“Dalam dunia ini mana ada orang yang tak marah, semua orang akan melalui situasi marah bila apabila ada yang menyakiti hati dia atau semasa bergaduh.

“Tapi kita kena beringat, bila kita marah tu, kita kena berjaga-jaga dan jangan layankan sangat perasan,” katanya.

×