Pelakon Nora Danish menganggap solat fardhu lima waktu seperti oksigen dimana manusia perlukan oksigen untuk hidup dan tanpa solat seolah kita tidak bernyawa.
Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Nora berkata hidayah itu perlu dicari serta mengakui untuk tidak mudah untuk kekal istiqamah dalam melakukan kebaikan.
BACA: Berjaya Khatam Al-Quran 10 Hari, Nora Danish Anggap Hadiah Istimewa
@katadanbelek #42 Tak mudah nak mudah, tak susah nak susah. Kredit: YT Media Hiburan #motivasi #gayahidup #katadanbelek #ubahhidup #pelajaran #Malaysia #noradanish #hijrah #mediahiburan #panduanhidup
“Apa yang saya tekankan dalam proses ini adalah saya anggap solat itu seperti oksigen. Di mana kita perlukan oksigen untuk hidup, tanpa solat kita memang tak boleh bernyawa.
“Selain itu, saya letak lebih pressure untuk mencari hidayah. Sebab saya percaya, lebih banyak tekanan, kita akan lebih berkembang.
“Hidayah itu memang kena cari dan jangan berhenti mencari sebab nak kekal istiqamah itu bukannya mudah,” katanya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur melihat penghijrahan Nora dan semoga perkongsian itu dapat menjadi inspirasi kepada orang lain.
SUMBER: TikTok Kata&belek