fbpx

Pelakon Myra Natasya membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia merupakan anak tidak sah taraf hasil hubungan bapanya iaitu penyampai radio, Halim Othman.

Memetik mStar Online, Myra berkata Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti yang diperkatakan sebelum ini dan terpaksa menipu demi menjaga nama baik Halim

BACA: Ramai Hairan Kenapa Myra Natasya Anak Halim Othman Guna Binti Abdullah?

“Ibu bapa saya tidak pernah berkahwin pun! Apabila saya ceburi bidang seni, saya beritahunya supaya jangan risau dan akan lindungi nama baiknya dan beritahu kepada media mereka bernikah di Thailand.

“Saya terpaksa menipu ketika membuat kenyataan kepada media tetapi hakikatnya saya adalah anak tak sah taraf,” katanya.

Sebelum ini, Myra mendedahkan mesej perbualannya dengan Halim susulan bapanya itu susulan tindakan Halim didakwa memasukkan namanya pada bahagian maklumat bapa tiga tahun lalu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa kebenaran.

“Sebelum ini saya selalu merayu kepadanya untuk memberitahu saya adalah anaknya. Pada 2019, selepas saya mula menceburi bidang hiburan barulah dia izinkan saya untuk dedah cerita sebenar.

“Myra akui berang dengan jawapan angkuh penyampai radio itu saat ditanya berhubung tindakannya menukar sijil lahir asalnya.

“Saya tak perlu minta izin awak (Myra). Tanpa gen saya, awak tidak akan wujud di dunia ini. Bersyukurlah,” kata Halim dalam mesej dihantar kepada Myra.

SUMBER: mStar Online