Pengarah sensasi Syamsul Yusof berkata dia bersedia untuk memberitahu anak-anak mereka mengenai status hubungannya dengan bekas isterinya, Puteri Sarah.
Memetik Kosmo, Syamsul berkata meskipun sudah berpisah dengan isteri pertamanya namun rasa sayangnya terhadap anak-anak tidak pudar.
BACA: Syamsul Yusof Bayar Nafkah Anak RM6,000 Sebulan, Edah RM15,000
“Saya akan memberitahu kepada anak-anak dan tidak mungkin akan menipu mengenai status saya dengan Sarah.
“Biarpun sudah berpisah dengan Sarah, saya akan jelaskan bahawa kami berdua masih sayangkan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul berkata selepas ini proses untuk berjumpa dengan Syaikhul dan Sumayyah lebih mudah kerana boleh bertemu bila-bila masa sahaja.
“Bila-bila masa saya boleh berjumpa dengan anak-anak. Kami boleh berbincang pasal anak-anak walaupun hak penjagaan menjadi milik Sarah,” katanya.