Selepas dua bulan melahirkan cahaya mata kelima, akhirnya pelakon Sari Yanti berkongsikan wajah dan nama anak lelakinya yang diberi nama Abu Bakr Bin Mohd Nadzri.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Sari turut memuat naik gambar anak ketiganya bersama pelawak, Jep Sepahtu yang tersenyum manis.
BACA: Uruskan Anak-Anak Sendiri, Sari Yanti Akui Terkial-Kial Tanpa Pembantu Rumah
Perkongsian Sari itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan rakan artis dan netizen yang memuji kecomelan Abu Bakr serta mendoakan menjadi anak yang soleh.
Sari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 1.
Sari juga turut mempunyai dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu, Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.