Sam Bunkface Teruja, Sudah Senaraikan Nama Anak

Dalam menanti kehadiran cahaya mata tidak lama lagi, Sam Bunkface sudah membuat persiapan rapi dengan menyenaraikan nama-nama untuk bayinya. Di samping itu, khidmat rujukan dari mak ciknya yang juga sebagai doktor digunakan sepenuhnya.

BACA: Isteri Sam Bunkface Kini Hamil 3 Bulan

“Persediaan buat masa ini kami ada merujuk dengan makcik saya kerana dia bekas doktor pakar dalam bidang ini. Mengenai nama anak pula kami ada juga senaraikan, sama ada anak lelaki atau perempuan kami tidak kisah yang penting selamat melahirkan anak”

“Kami juga tidak merancang di mana baby nanti akan dilahirkan, di mana kami berada pada ketika itu, maka, di hospital berhampiranlah tempat bakal baby lahir nanti,” katanya kepada portal Media Hiburan.

Tambahnya lagi, adalah normal untuk wanita mengalami keadaan hormon tapi bagi isterinya pula berbeza kerana beliau hanya mengalami ‘Night Sickness’. Bagi menjaga isterinya yang sedang hamil, Sam berhasrat untuk memperlahankan kerjayanya agar selalu berada disamping isteri tersayang. (rkty/w)

×