Pengalaman kali pertama bergelar suami membuatkan Sam Bunkface sangat teruja menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai pasangan suami isteri. Malah melalui Kosmo! juga Sam sempat berkongsi cerita menolong isteri masak.
BACA: Sam Bunkface: Aida Bukan Bertudung Kerana Saya
“Alhamdulillah, banyak perkara yang telah berubah sejak berkahwin. Kalau sebelum ini bulan puasa saya bersama keluarga, kini saya bersama isteri (Aida). Seronok, sebab sekarang kalau mahu makan apa-apa, isteri tolong masak”
“Bergelar suami bukan mudah. Saya kena banyak bersabar dan rajin berbincang dengan isteri sebelum memutuskan sesuatu perkara. Contohnya, selepas bertahun sambut raya di Kuala Lumpur, buat pertama kali dalam hidup, tahun ini saya akan beraya bersama isteri di Melaka bersama keluarga di sebelah sana,” tutur Sam bersahaja.
Selain itu, Sam menambah bahawa dia sudah bersedia untuk bergelar bapa selain sempat berseloroh bahawa sudah bersedia galas tanggungjawab sebagai bapa sejak berumur 15 tahun. Sam juga turut mengharapkan peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. (rtky/s)