Penyanyi Cliff Umar mengakui kesilapannya sendiri terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah namun tetap positif meneruskan kehidupan seperti biasa.
Menerusi Instagram, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph berkata apa yang berlaku padanya dijadikan sebagai pengajaran untuk menjadikan dirinya lebih baik.
BACA: Cliff Umar Kini Bekerja Sebagai Pemandu ‘Gojek’
“Ini permulaan baharu. Memang macam-macam jadi dalam kehidupan saya. Seperti yang kalian tahu, saya kena denda dan seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, semua ini salah diri sendiri dan tiada siapa yang paksa untuk ambil dadah.
“Saya sentiasa bangkit dengan lebih kuat dan lebih baik. Saya adalah orang yang paling bahagia dan berasa puas hati dengan kehidupan sekarang. Sebarkan keamanan dan cinta kepada semua,” katanya.
Sementara itu, dalam satu perkongsian Cliff dilihat mengenakan pakaian yang tertera tulisan Gojek iaitu perkhidmatan e-hailing di Indonesia, namun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Bagaimanapun, Cliff meluahkan rasa syuku dan akan sentiasa bangkit untuk lebih kuat meskipun dugaan apa yang dia lalui.
SUMBER: Kosmo