Sajat Mohon Suaka Politik Kerana Sudah Keluar Islam?

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan berita mengenai usahawan kosmetik, Sajat atau atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand 8 September lalu.

Sajat ditahan oleh pihak berkuasa negara itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

BACA: Lebih 5 Bulan Hilang, Sajat Akhirnya Ditahan Di Bangkok

Memetik laporan Harian Metro, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat pulang namun agak sukar kerana melibatkan campur tangan pihak antarabangsa serta pertubuhan tertentu.

Malah, Sajat juga didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia. Sajat juga turut mempunyai kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok serta memaklumkan dirinya adalah seorang pelarian.

Susulan laporan tersebut, seorang netizen tampil membuat rumusan bahawa Sajat kini dianggap pelarian antarabangsa kerana mempunyai dokumen UNCHR di Bangkok.

Ditanya apa alasan Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata usahawan itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam.

Perkongsian individu itu mendapat reaksi daripada netizen yang mengatakan jika Sajat berjaya mendapatkan kebenaran tersebut dia boleh tinggal di Australia selamanya.

Terdahulu, Sajat telah pun dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan sebanyak AS$2,000 (RM8,343). Bagaimanapun, Sajat dikatakan perlu hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.

×