Pasti ramai tahu sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai kek tapak kuda yang menjadi rebutan ramai sehingga ramai sanggup beratur lama untuk mendapatkannya.
Perkara itu turut mendapat perhatian usahawan sensasi, Sajat mendakwa netizen yang membeli munafik kerana kek tersebut menggunakan bahan yang diboikot.
@jen.rjane “aku memang tapakkan kak! aku dekat muk@ korang” JANGAN req sajat buat tapak kuda eh HAHAH ?? @nursajat kamaruz zaman @nursajat23
Sementara itu Sajat berkata sebagai rakyat Malaysia sepatutnya mengetengahkan makanan Malaysia.
“Nuttela tu bukan brand tu ke, munafik korang ni. Kita patut mengetengahkan makanan-makanan Malaysia, barulah jadi nostalgia kepada anak-anak muda kita takut nanti para anak muda ni akan lupa masakan kita,” katanya.
Sajat turut mengkritik pembeli yang kononnya ingin memboikot jenama-jenama berkenaan namun dilihat membeli kek tapak kuda.
“Kata taknak support bagai tetapi ….” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sajat berkata dia tidak teringin untuk merasa kek berkenaan namun tidak memasak orang lain untuk tidak menyokong.
“Bukan marah, bukan taknak support perniagaan. Korang support, saya setuju kalau korang support tapi janganlah korang nak ajar saya,” katanya.