Hampir sekian lama menanti, pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah baru hasil titik peluhnya sendiri.
Berkongsikan perkhabaran gembira itu di Instagram miliknya, Saharul turut menasihati mereka diluar sana agar sentiasa bersangka baik pada Pencipta kerana doanya sejak 10 tahun lalu sudah pun dimakbulkan.
BACA: Saharul Ridzwan, Isteri Bakal Timang Anak Kedua
“Alhamdulillah syukur. Satu persatu Allah makbulkan doa saya. Doa 10 tahun lepas pun di makbulkan pada tahun ni. Kenapa? Saya percaya bila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah akan makbulkan doa kita,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Saharul turut memuat naik gambar bersama isteri dan anaknya berlatarbelakangkan ruang bahagian kediaman barunya itu. Malah ada yang mengatakan rumah tersebut adalah rezeki buat anak yang bakal lahir tidak lama lagi.