Baru-baru ini perkongsian pelakon Saharul Ridzwan menjadi perhatian ramai berkongsikan diet dimana dia makan dua ekor ayam dan 15 biji telur separuh masak setiap hari untuk mendapatkan badan sasa.

Menurut Saharul, diet tersebut dilakukan dua tahun lalu untuk menjayakan watak sebagai pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dalam filem Coast Guard.

BACA: Serunding Berulat Sebab Tak Laku, Saharul Ridzwan Rugi RM30,000

“Diet yang saya makan ayam dua ekor dan telur separuh masak 15 biji itu saya amalkan dua tahun lalu ketika terlibat dalam filem Coast Guard, watak dalam file itu perlukan badan saya nampak fit dan solid.

“Tapi sekarang memang saya dah tak amalkan pun bila kena tegur dengan Datuk Rosyam yang tak galakkan badan saya terlalu besar sebab saya banyak juga berlakon bawah syarikat produksi dia sebelum ini.

“Bila badan terlalu besar, nampak tak cantik dalam televisyen dan tak sesuai kalau nak bawa watak orang susah,” katanya.

Bagaimanapun, Saharul berkata dia bersedia untuk kembali tampil dengan imej berbadan sasa jika ianya dituntut oleh pengarah.

×