Safawi Rasid Bengang Digelar ‘Kaki Perempuan’

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Safawi Rasid dan Syifa Melvin dimana prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dikatakan merosot gara-gara kekasihnya itu didakwa memaksanya untuk berkahwin.

Susulan itu, ada yang mengecam Safawi mudah hilang fokus hanya kerana wanita. Tidak cukup setakat itu, ada netizen mendakwa Safawi telah berlaku curang tanpa pengetahuan Syifa, malah ramai yang menggelarnya ‘kaki perempuan’.

BACA: Netizen Dakwa Safawi Rasid Curang Belakang Syifa Melvin?

Perkara itu sampai ke pengetahuan Safawi, menerusi Insta Story, pemain bola sepak itu meluahkan rasa berang dan kesal apabila kisah lamanya diungkit kembali sehingga memburukkan namanya.

Safawi turut mengingatkan media agar turut menjaga perasaan orang lain sama dan tidak hanya memikirkan untuk meraih pembaca semata-mata.

Terdahulu, kecoh apabila  Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang dipaksa untuk berkahwin oleh teman wanitanya.

×