Abang kepada Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Abdulllah meminta supaya Syed Saddiq agar segera menamatkan zaman bujang bersama Bella Astillah.

Memetik mStar Online, Abdullah berkata ibunya iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz seorang yang sentiasa memberi sokongan dan turut merestui hubungan tersebut.

BACA: “Bella Kena Ada Kat Sebelah” – PM Sempat Usik Syed Saddiq Ketika Beri Baju Melayu

“Saddiq kahwin cepat, bagi la peluang dekat abang awak ni kahwin pula malah saya suka lihat adik saya macam ini.

“Mama adalah orang yang sangat supportive pada semua anak-anaknya sebab nak tengok semuanya gembira dan bila lihat Saddiq gembira jadi tumpang sama.

“Mama pernah jumpa Bella tapi hanya jangka masa sekejap saja dan mama ada cerita perkara itu, kami okay saja dengan hubungan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah mendedahkan adiknya itu berubah sikap sejak mengenali Bella apatah lagi selepas melihat Saddiq melakukan aktiviti berenang serta panjat gunung.

“Bila kita nampak Saddiq berenang dan panjat gunung… ini sangat lain dan perkara baharu buat saya kerana nampak adik saya macam ini,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×