Sabronzo Nafi Bercinta Dengan Ahli Politik

Ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo menafikan dakwaan dia mempunyai hubungan istimewa dengan seorang ahli politik berstatus suami orang selepas tular satu video serta menegaskan ianya adalah fitnah.

Memetik Kosmo, penyanyi berusia 29 tahun itu berkata dia tidak pernah kenal atau mendekati individu bergelar ahli politik di negara ini.

BACA: Balik Kelantan Pakai Sopan, Sabronzo Dolla Tak Kisah Dituduh ‘Fake’

“Maaf saya tak kenal siapa individu dimaksudkan. Saya pun tak tengok video tersebut. Itu bukan saya dan memang tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik Malaysia. Yakin 100 peratus itu bukan saya,” katanya.

Sementara itu, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berpendapat orang ramai mengaitkan dirinya mungkin disebabkan gaya wanita dalam video itu adalah sepertinya.

“Saya tidak tahu nak respons apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya. Tapi memang bukan saya. Lagipun internet sekarang kreatif,” katanya.

Dalam pada itu, Sabronzo berkata dia kini masih solo dan hanya fokus pada kerjayanya serta tidak ada masa memikirkan perkara lain.

“Ketika ini, hanya fokus kepada karier seni sahaja dan tiada masa untuk perkara lain. Kalau nanti saya ada kekasih, saya tidak akan sorok tapi buat masa sekarang masih belum ada,” katanya.

×