Pelakon Ruhaines seolah tidak dapat menahan sebak ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-32 dalam sebuah majlis yang diadakan pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies yang mengenakan jubah berwarna merah jambu dilihat tersenyum ketika tetamu sedang menyanyikan lagu ulang tahun.
BACA: “Ruhainies Lebih Baik Berdiam Diri Atau Minta Maaf” – Haji Zil
View this post on Instagram
Ruhainies kemudian dilihat mengesat matanya beberapa kali seolah sebak sebelum dia meniup lilin kek di hadapannya.
Sementar itu, meneruso perkongsian di Instagram, Ruhainies meluahkan rasa syukur berpeluang menyambut ulang tahun kelahirannya bersama anak-anak tahfiz serta teman rapat.
Difahamkan, majlis berkenaan adalah majlis tahlil dan doa selamat bersempena ulang tahun kelahiran ke-32 pelakon itu yang bakal tiba tidak lama lagi.