Ruhainies Beri Duit Raya Pada Peminat, Hanya Minta Balasan Doa

Sempena hari raya ini, pelakon sensasi Ruhainies mahu memberikan duit raya kepada peminat terpilih dan berharap pemberiannya itu dapat digunakan sebaik mungkin.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies turut berharap peminatnya dapat mendoakan untuknya serta percaya mungkin salah satu doa mereka akan diangkat oleh Allah.

BACA: Risteena Lega Kes Khalwat Ruhainies Dah Selesai, Rancang Tunai Umrah & Beraya Di Mekah

“Kepada yang dah terima duit raya daripada saya, saya harap dapat buatkan anda tersenyum seperti saya bahagia hari ini.

“Guna sebaiknya ya, walaupun tak banyak mana tapi saya senang melihat anda semua gembira. Saya minta doakan saya supaya saya boleh memberi lebih banyak lagi. InsyaAllah.

“Saya tak tahu antara doa korang doa siapa yang diangkat. Rezeki orang yang dapat hari ini pun sebenarnya dah tertulis,” tulisnya.

Difahamkan, sebelum itu Ruhainies berkata dia ada menerima banyak mesej daripada peminat yang meminta duit raya untuk keperluan harian dan memilih 10 peminat yang meninggalkan komen di Instagram.

“Saya terima banyak DM nak duit raya. Comel  la korang. Ada nak bayar rumah sewa, yuran kolej, kereta dan macam maca lagilah.

“Saya cuma nak share duit raya. Tak adalah sampai ribu-ribu sorang. Pengsan saya kalau macam tu. Saya nak bagi seorang RM30 atau RM50 tapi saya akan pilih sekurangnya 10 orang,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×