Ruhainies Berang Wajah Kekasih Tersebar

Sudah hampir dua tahun menyulam kasih, pasti umum mengetahui Rihainies belum bersedia untuk mendedahkan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E kepada umum.

Bagaimanapun, semalam tular apabila sebuah portal hiburan mendedahkan wajah kekasihnya sekaligus membuatkan Ruhainies berang kerana tindakan yang dilakukan oleh individu itu salah dan melanggar hak privasi orang lain.

BACA: Sekian Lama Sorok, Wajah Kekasih Ruhainies Tersebar?

“Saya tak faham kenapa ada orang tak boleh hormat privasi orang lain, semua tahu saya tak pernah post dia di media sosial. Tolong ada sedikit hormat, sekurang-kurangnya minta kebenaran,” katanya di Instagram.

Ruhinies turut memuji tindakan peminat dan wartawan yang menghormati permintaannya untuk tidak mendedahkan identiti bakal suaminya itu. Malah ada yang memotong gambar kekasihnya sebelum memuat naik di media sosial.

“Orang awam atau peminat pun hormat, kalau nampak saya diluar atau nak bergambar mereka akan crop gambar dia. Wartawan yang pernah jumpa dia pun tak pernah post atau masuk dalam surat khabar,” katnaya.

Difahamkan, foto kekasih Ruhanies itu dirakam secara ‘curi-curi’ ketika pasangan itu berada di sebuah majlis.

Sebelum ini Ruhainies berkata dia tidak mahu mendedahkan kekasihnya kerana bimbang kehidupannya sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian ramai membuatkan kekasihnya itu rasa tidak selesa.

×